Punca dan Tanda-tanda Resdung
Resdung merupakan keradangan di dinding sinus. Secara umumnya, keradangan ini biasanya disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria di hidung. Sinus adalah rongga kecil yang mengandungi udara yang terletak di belakang cheekbones dan dahi. Resdung termasuk penyakit yang boleh menjangkiti orang pada setiap masa.Terdapat tanda-tanda awal penyakit yang sering dialami bila akan mengalami resdug, tanda-tanda tersebut adalah seperti berikut:
- Sesak hidung dan berair
- Sakit kepala
- Sakit di muka terutamanya di dahi
- Sakit pada bahagian mata dalam
- Batuk-batuk
- Kehilangan indera bau
Fungsi utama sinus adalah untuk membuka lubang hidung dan membantu kawalan suhu dan kelembapan udara yang memasuki paru-paru. Terdapat empat pasangan sinus dalam rangka kepala manusia, iaitu di belakang dahi, pada kedua-dua belah hidung, di belakang mata dan di belakang cheekbones. Kahak atau mucous dikeluarkan oleh sinus akan mengalir ke hidung melalui saluran yang kecil. Saluran ini boleh tersumbat jika mengalami keradangan sinus.
Punca Bermulanya Resdung
Punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Ia selalunya disebabkan oleh selesema virus yang disebarkan oleh sinus yang datang daripada saluran pernafasan atas. Selepas selsema atau flu, jangkitan bakteria sekunder boleh berlaku. Ini akan menyebabkan dinding sinus yang mengalami keradangan. Secara amnya, seseorang yang mengalami resdung, mula-mula mengalami selsema.
Mendiagnosis Resdung
Diagnosis resdung boleh dilakukan oleh doktor untuk melihat gejala-gejala yang berlaku. Sebagai contoh, hidung tersumbat atau Hidung berair dengan rasa sakit di muka. Sekiranya resdung yang dialami teruk atau sudah muncul sekali lagi, anda dinasihatkan untuk memeriksakannya kepada pakar ENT (ear, Nose, throat). Pakar ini akan cuba untuk mencari punca utama resdung berlaku. Imbasan CT juga boleh digunakan untuk mengetahui punca resdung.
Menangani Penyakit Resdung
Kira-kira 65% daripada penghidap resdung tidak perlu berjumpa doktor kerana kebanyakan resdung yang disebabkan oleh virus akan hilang dengan sendirinya. Resdung mengambil masa kira-kira dua hingga tiga minggu untuk sembuh sepenuhnya, keadaan ini memang lebih lama daripada selesema. Jika anda mengalami resdung sederhana, ubat-ubatan untuk melegakan kesakitan dan decongestants akan membantu mengurangkan gejala-gejala dan kesakitan yang timbul.
Periksa dengan doktor anda jika resdung tidak bertambah baik selepas satu minggu memulakan rawatan, bertambah teruk atau berterusan kembali. Dalam kes sebegini, antibiotik dan steroid semburan atau titis boleh ditetapkan oleh doktor. Dalam kes resdung teruk, mungkin perlu pembedahan untuk memperbaiki fungsi sinus ini. Pembedahan hanya disarankan jika rawatan resdung lain tidak berfungsi.
Komplikasi Resdung
Komplikasi resdung adalah sangat jarang berlaku. Apabila terdapat komplikasi, keadaan ini adalah lebih cenderung untuk menjangkiti kanak-kanak daripada orang dewasa. Resdung pada kanak-kanak boleh membawa kepada berlakunya cellulitis. Cellulitis adalah jangkitan yang menyebabkan bengkak kelopak mata dan cheekbones. Ini adalah disebabkan oleh penyebaran bakteria pada rangkaian sel-sel di dalam badan.
Jika semua itu berlaku, bawa anak anda ke doktor. Ianya tidak mustahil bahawa anak anda akan dirujuk berjumpa doktor pakar ENT. Bagi kes resdung yang teruk, ubat-ubatan antibiotik yang diberikan untuk mengawal penyebaran jangkitan. Komplikasi resdung akut, diantaranya:
- Mengalami resdung berpanjangan
- Mencetuskan timbulnya asma
- Menyebabkan masalah penglihatan
- Mencetuskan bermulanya jangkitan telinga
- Jika jangkitan resdung menyebak ke otak maka boleh mencetuskan meningitis.
Pada prinsipnya, jika anda tidak pasti tentang apa yang sedang berlaku dengan kesihatan anda, maka kami mengesyorkan bahawa anda berunding dengan doktor. Khas pada penyakit resdung ini, temuilah doktor jika mengalami resdung yang berlangsung selama beberapa minggu atau terus datang kembali, terutamanya jika disertai dengan demam.

0 Response to "Ketahui Punca dan Tanda-Tanda Penyakit Resdung"
Catat Ulasan